Thursday, June 18, 2009

Rahsia Makanan Sedap

Assalamualaikum Ladies,
Below is a write up i got from a friend in Indonesia. She just wanted to share her thoughts. and since i posted about food the last time. It came at the right time for it.
Enjoy the thought!

Ketika zaman kanak-kanak, saya sempat bertanyakan kepada ibu kenapa makanan jiran kelihatan lebih sedap walhal kurang kandungan zat. Saya melihat betapa sedapnya kawan makan dengan pinggan tanah liat, nasi panas hanya berlauk sayur berkuah.
Saat itu juga saya langsung balik rumah kerana terasa lapar walaupun jiran mempelawa makan bersama. Saya bercerita secara detil apa yang kawan makan. Ibu sempat habis akal pasal apa yang saya ceritakan tiada yang istimewa bahannya. Ibu mengatakan bahwa makanan kami jauh lebih bagus. Bahan-bahan yang lebih segar dan berkasiat, beras kami wangi kerana baru, dan lauk kami berkasiat, hanya kadang-kadang kerana sibuk kami hanya masak sekali, petang selalunya nasi dan lauk pauk sudah sejuk.

Sekarang setelah saya imbas balik pengalaman tadi, mungkin boleh saya simpulkan kenapa makanan jiran kelihatan lebih sedap :

1. Kesyukuran atas rezeki yang telah Allah karuniakan kepada mereka terpancar dari lahapnya mereka makan. Cara makan yang penuh selera telah membuat orang lain ikut berselera.
2. Kebahagiaan kerana masih boleh menikmati makanan sedap disaat-saat lapar. Kadang-kadang kita makan kerana waktunya kita makan walaupun tubuh belum merasa lapar, sesetengah orang sudah lewat dari waktu makan, disaat itu terasa benar karunia dari Allah walaupun makanan sederhana akan terasa begitu sedap.
3. Keinginan mereka begitu sederhana, asal dapat makan cukup sehari-hari, memadai, kalau ada lebihan sedikit, itu suatu anugerah. Jadi apapun yang mereka dapat terasa istimewa, walaupun bagi kita biasa sahaja
4. Kesederhanaan peralatan makan telah menaikan nilai makanan itu. Penggunaan pinggan tanah liat membuat makanan menjadi lebih harum menyelerakan, apalagi makanan itu dihidangkan panas-panas.

Jika kita telaah kembali bukan dari bahan makanan yang istimewa tetapi dari cara penyediaan dan menikmatinya. Kesederhanaan bahan telah menaikkan nilai makanan, kebahagiaan jiwa dengan kesyukuran sehinggga sesuatu yang biasa jadi istimewa, dan jenis makanan yang tak berlebihan menjadikan makanan itu istimewa kerana tak terbandingkan dengan yang lain.

Bagi orang yang mampu, bagus kalau makanan kita berzat, kerana tubuh memerlukan itu. Apa yang patut jadi pengajaran bagi kita adalah kesyukuran kita pada setiap apa yang dikaruniakan Allah kepada kita, kesederhanaan, dan makanlah berpada-pada, secukupnya sahaja. Dalam Al Quran juga disebut tentang cara makan, makanlah berpada-pada, dan berhenti sebelum kenyang. Juga sabda nabi tentang makanlah secukupnya sahaja menyatakan, bahwa perut seorang muslim hanya satu, tapi perut orang kafir ada seribu.

oleh SriAguswati
Indonesia

No comments:

Post a Comment